Lihat Soalan Lazim (FAQ) Kami!
Kelebihan Pakej Langganan Landing Ini?
Pakej langganan ini membolehkan anda memiliki laman web tanpa kos permulaan yang besar. Sebagai pemilik perniagaan, masa anda sangat berharga. Fokus sepenuhnya kepada mengembangkan perniagaan anda dan serahkan urusan teknikal kepada pakar yang berpengalaman.
Maklumat Lengkap Pakej Express?
Siapa yang sesuai: Bisnes atau individu yang memerlukan landing page dalam tempoh masa yang singkat. (Invitation, Event, Lunching, Wedding, dll)
Ciri-ciri: Direka untuk memberikan solusi cepat dengan fokus pada kesederhanaan dan kecepatan pelaksanaan. Ideal untuk kempen jangka pendek atau promosi pantas.
Kandungan: Landing page asas dengan elemen minimum seperti teks, imej, dan butang panggilan untuk tindakan (CTA).
Maklumat Lengkap Pakej Basic?
Siapa yang sesuai: Usahawan atau perniagaan kecil yang memerlukan laman yang profesional tetapi dengan bajet terhad.
Ciri-ciri: Merangkumi semua elemen penting untuk landing page, termasuk reka bentuk responsif, kandungan asas, dan integrasi dengan borang atau sistem pelacakan.
Kandungan: Sesuai untuk kempen pemasaran asas, pengumpulan lead, atau portfolio peribadi.
Maklumat Lengkap Pakej Premium?
Siapa yang sesuai: Perniagaan besar atau syarikat yang memerlukan landing page lengkap dengan ciri tambahan dan penyesuaian khusus.
Ciri-ciri: Menawarkan reka bentuk yang lebih kompleks, integrasi alat marketing (seperti CRM atau e-mel automasi), animasi, dan pelbagai elemen interaktif.
Kandungan: Sesuai untuk pelancaran produk, promosi besar-besaran, atau kempen pemasaran yang memerlukan impak tinggi dan pengalaman pengguna yang mendalam.
Adakah laman web saya akan diuruskan sepenuhnya dalam pakej ini?
Ini bermaksud semua aspek teknikal dan kemas kini laman web anda akan diuruskan sepenuhnya oleh kami. Anda tidak perlu risau tentang akses kepada server hosting, DNS, atau domain, kerana semua urusan tersebut berada di bawah kawalan kami sepenuhnya.
Dengan ini, anda boleh fokus sepenuhnya pada pengembangan perniagaan anda, sementara kami mengendalikan segala keperluan teknikal laman web anda.
Adakah saya boleh membuat perubahan atau kemas kini pada masa akan datang?
Ya, anda boleh! Cukup hubungi kami, dan kami akan uruskan perubahan tersebut secara PERCUMA. Namun, jika melibatkan perubahan teknikal yang kompleks, caj servis akan dikenakan.
Jika laman web saya menghadapi masalah atau ralat, bagaimana saya boleh mendapatkan bantuan?
Anda boleh menghubungi kami melalui e-mel di support@kmyhost.com atau kmydemo@gmail.com.
Selain itu, kami juga menyediakan sokongan melalui live chat dan WhatsApp untuk memudahkan anda mendapatkan bantuan dengan cepat.