Kmyhost Knowledge Base

Langkah untuk Penyediaan Maklumat Landing Page

Terima kasih kerana memilih kami untuk membina landing page anda! Untuk memastikan hasil yang menepati sasaran, kami perlukan beberapa maklumat penting daripada pihak anda. Sila sediakan jawapan bagi soalan-soalan di bawah:



1. Objektif Landing Page

  • Apa tujuan utama landing page ini? Contoh: Adakah untuk mendapatkan leads, menjual produk, atau memperkenalkan perkhidmatan baru?

  • Siapakah sasaran audiens anda? Sila berikan maklumat tentang golongan sasaran yang anda ingin capai.

2. Kandungan (Content)

  • Apakah tajuk utama yang ingin anda gunakan? Tajuk utama yang menarik perhatian sangat penting. Jika ada beberapa cadangan, sila nyatakan.

  • Apakah tajuk tambahan yang sesuai? Tajuk tambahan atau subheadline dapat membantu memperjelaskan tajuk utama. Apakah mesej tambahan yang ingin anda sampaikan?

  • Deskripsi produk atau perkhidmatan: Sila jelaskan kelebihan atau manfaat yang pelanggan anda akan peroleh. Nyatakan dalam bentuk ayat mudah difahami.

  • Panggilan Tindakan (Call-to-Action): Adakah anda mempunyai pilihan teks untuk butang CTA? Contoh: “Beli Sekarang,” “Daftar Percuma,” atau “Hubungi Kami.”

3. Gambar atau Visual

  • Gambar produk: Jika ada produk, sila sediakan gambar berkualiti tinggi. Pastikan ia menunjukkan sudut terbaik produk tersebut.

  • Testimoni dengan gambar pelanggan: Jika ada testimoni daripada pelanggan, sila sediakan gambar dan maklumat dengan izin untuk digunakan.

  • Infografik atau grafik tambahan: Jika anda ada infografik atau visual yang boleh menyokong maklumat produk, sila sediakan bahan tersebut.

4. Copywriting

  • Adakah anda mempunyai copywriter untuk menyediakan teks promosi? Jika ada, sila sediakan teks yang menonjolkan masalah pelanggan (pain points) dan penyelesaian yang produk atau perkhidmatan anda tawarkan.

  • Jika tidak ada: kami boleh membantu menyediakan copywriting yang sesuai.

5. Testimoni dan Social Proof

  • Testimoni pelanggan atau social proof: Jika ada, sila berikan beberapa testimoni atau pengakuan yang menunjukkan kepercayaan dan kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan atau produk anda.

6. Maklumat Hubungan, Maklumat yang boleh dihubungi:

  • Nyatakan nombor telefon

  • Alamat email

  • Pautan media sosial yang pelanggan boleh gunakan untuk menghubungi anda.

7. Keperluan Teknis (Optional)

  • SEO dan kata kunci utama: Jika anda ingin landing page ini dioptimumkan untuk enjin carian, sila nyatakan kata kunci utama yang penting.

8. Google Analytics:

  • Jika anda ingin menggunakan Google Analytics untuk mengumpul data tentang pengunjung, sila sediakan ID Google Analytics anda.

9. Integrasi CRM:

  • Jika anda menggunakan sistem CRM, adakah terdapat keperluan untuk integrasi? Jika ya, nyatakan jenis integrasi yang diperlukan.

Sila lengkapkan maklumat ini supaya kami dapat membina landing page yang selari dengan objektif anda. Terima kasih kerana kerjasama anda!



Is this article helpful?

Articles in this section: