Kmyhost Knowledge Base

PWA Nested Tab Pages

Halaman Tab Bersarang

Halaman Tab Bersarang (Nested Tab Pages) membolehkan anda meletakkan halaman Tab di dalam halaman lain aplikasi anda.

Sebagai contoh, anda boleh membuat halaman bernama "Sosial" dan meletakkan semua halaman media sosial untuk Facebook, Twitter, dan Instagram dalam halaman ini.

Untuk membuat halaman Tab Bersarang (Nested Tab Pages) , sila ikut arahan yang diberikan di bawah:

Langkah 1: Log masuk ke Papan Pemuka Admin Beezer anda.



Langkah 2: Pergi ke bahagian Bangun (Build) dan klik pada Halaman (Pages).



Langkah 3: Klik pada tanda + di sebelah bahagian Halaman (Pages). Jika anda belum membuat halaman induk, di mana anda ingin meletakkan halaman-halaman lain, buat halaman (Main Pages) induk sebagai halaman Standard.

Setelah halaman induk dibuat, klik tanda + di sebelah bahagian Halaman di bawah Bangun untuk membuat halaman tab bersarang.



Langkah 4: Pilih pilihan Halaman Tab Bersarang "Nested Tab Pages" dan klik Seterusnya.



Langkah 5: Berikan tajuk kepada semua halaman Tab. Pilih halaman Induk dari menu drop-down (di mana anda ingin meletakkan halaman tab). Klik butang Tambah Halaman (Add Pages).



Langkah 6: Halaman bersarang (Nested Tab Pages) anda akan dipaparkan di bawah halaman induk yang dipilih dalam bahagian Bangun -> Halaman.



Langkah 7: Sekarang klik pada halaman bersarang (Nested Tab Pages) dan tambahkan komponen dengan mengklik pada tanda + di sebelah tajuk halaman.



Langkah 8: Tambahkan sebarang komponen yang anda ingin paparkan pada halaman tab bersarang. Dalam contoh di bawah, kami menambah komponen Facebook.



Langkah 9: Komponen ini akan dipaparkan di halaman tab bersarang. Halaman bersarang akan dipaparkan di bawah halaman induk yang anda pilih.



Di Appshell, menu aplikasi anda akan menunjukkan halaman bersarang seperti di bawah:

Nota: Anda juga boleh menukar halaman Induk halaman Tab Bersarang (Nested Tab Pages) kemudian.

Sila Terbitkan (tekan button Publish) aplikasi anda setelah anda membuat perubahan, supaya perubahan tersebut dapat dipaparkan dengan berjaya di aplikasi mudah alih anda.


Is this article helpful?

Articles in this section: