PWA Pages (Halaman/Home)
PAGES (Halaman) adalah blok binaan utama aplikasi anda.
Anda boleh menambah, memadam, mengedit atau menggandakan Halaman dalam bahagian Bina -> PAGES pada papan pemuka aplikasi anda.
Anda boleh memadamkan satu halaman dengan mengklik pada ikon 'tong sampah' setelah menggerakkan penunjuk tetikus anda ke atas nama halaman.
Anda boleh menyusun semula (re-order) halaman dengan menyeret dan melepaskannya dalam senarai.
Anda boleh menjadikan satu halaman sebagai halaman utama (home page) dengan menyeretnya ke bahagian atas senarai halaman.
Anda boleh menamakan semula (re-name) halaman dengan mengklik nama halaman tersebut dan kemudian mengakses ikon gear 'Tetapan Halaman' di sebelah tajuk halaman dalam sub-menu Halaman.
Anda boleh menyembunyikan (hide) Halaman daripada navigasi menu dengan mengklik 'Sembunyikan halaman dari menu navigasi utama' dalam 'Tetapan Halaman'. Ini bermakna halaman tersebut masih boleh diakses dan pautan ke halaman tersebut tetap boleh dibuat tetapi tidak akan muncul dalam menu utama.
Anda boleh mencipta halaman baru dengan memilih simbol '+' 'Halaman Baru' di atas senarai semua halaman.
Satu halaman boleh menjadi Halaman Standard, Halaman Bertab (tabbed), Kotak Pop-up, Halaman Bersarang (nested) & Halaman Bersarang Bertab (nested-tab) - ini boleh ditukar dalam 'Tetapan Halaman/Pages Setting' dari menu dropdown menu.
"Sila maklum bahawa jika anda memilih untuk menyembunyikan halaman Utama dalam aplikasi, ia akan disembunyikan dari menu aplikasi. Walau bagaimanapun, setelah pengguna mendaftar dalam aplikasi, mereka akan secara automatik diarah ke halaman Utama."
Anda juga boleh menggandakan satu halaman, dengan mengklik pada ikon "copy" setelah menggerakkan penunjuk tetikus anda ke atas nama halaman.